Monday, January 24, 2011

Pengalaman di rawat di Hospital Melaka

Terlebih dahulu ku ucapkan terima kasih kepada petugas2 di wad 1 surgikal unit .Terima kasih wahai Dr dan Jururawat ysng bertugas atas layanan yang di berikan. Tapi masih terdapat ruang yang perlu di perbaiki terutama dari segi komunikasi antara pertugas dan pesakit.

Aku masih ingat macamana seorang HO menjalankan tugas semasa hendak mengambil darah untuk specimen darah yg lysed. Beliau terlupa sesuatu tapi yang sedih nya dia memasang tournique dilengan saya dan beredar untuk mengambil botol yg dilupa. Saya melonggarkan tournique yg di pasang, pada beliau 10 minit tu sebentar tapi pada saya sebagai  pesakit adalah lama dan menyakitkan. Bila dah melakukan kesilapan sepatutnya menyatakan maafnya kepada pesakit tapi sebaliknya membuat muka. Entahlah......

Peristiwa kedua pula apabila aku dimarahi oleh PPK kerana meletakan dulang makanan yang telah kosong di atas lantai, Aku nak tanya kat mana aku nak letak ??????. dia memarahi aku seolah aku melakukan satu kesalahan besar........aku memikirkan ini aku masih bekerja dan sebagai Ketua Jururawat cuma aku bertugas di Muar bukan di Melaka bagini layan dan leteran nya .......kalau pesakit lagi teruk kot.........

Kepada rakan sepejuangan dari PKD Muar Matron Z and the geng dan Melaka Maton Bainah yang banyak membantu, Mat sareefa, Kalsom dan Salmah dan semua yang tak dapat aku catitkan namanya disini terima kasih kerana datang melawat dan memberi sokongan.

Lagi satu yang mengecewakan aku tentang lawatan in house physiterapist, saya tidak dapat apa2 faedah darinya, lawatan pertama mengajar aku  entah apa-apa......hari kedua dia dtg aku didalam bilik air dan dia meninggalkan pamplet pada anak aku, tapi di BHT menulis saolah aku diberi rawatan. Takutlah Allah melihat apa yang kamu buat.......Nasib baik anak aku medic student  beliau membantu mencari articles untuk phyisotherapy selepas mastectomy. Alhamdullilah aku dapat melakukannya.....tidak ada masalaah

Sampailah masanya untuk pulang ..............

14.8.2010 aku di benarkan pulang dengan antibiotik, pain killer dan MC selama 3 bulan. Lagi satu masalah prosedur discharge mengambil masa lama. Bila dapat MC tarikh salah . Untuk kontek yang mengeluarkan Dr yang mengeluarkan MC sudah balik. nasib baik ade HO lain yang dapat mengeluarkan MC yang baru.


Segala yang dicatakan disini bukan mencari kesalahan tapi renungkan ..........untuk pernambaikan . Ujudkan jalinan mesra antara staf dan pesakit , komunikasi amat penting ia sebagai penawar selain ubat yang diberi Renungkan.........





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.