Monday, January 24, 2011

MY STORY

Bismilahirrahmanirahim,
Saya ingin berkongsi pengalaman sebagai seorang pesakit Kanser Payudara, penyakit yang tidak mengenal mangsa. Saya redha dengan ujianMu.

Sebagai seorang jururawat saya sentiasa memberi nasihat , demonstrasi untuk wanita di klinik atau di rumah cara-cara mengesan benjolan di payudara. Tanggal 16 Julai 2010, semasa melakukan pemeriksaan sendiri di rumah saya dapati ada benjolan di payudara sebelah kanan.

Saya terus berjumpa Dr pada 19 July 2010 dan terus di rujuk ke klinik Payudara Hosp Pakar Sultanah Fatimah, dan 20 July 2010 saya menjalani uijian mamogram dan seterus nya menjalankan biopsi melalui fine needle aspiration.

Terima kasih kepada Dr dan kakitangan klinik Payudara HPSF kerana semuanya dengan  berjalan lancar dan saya memperolehi keputusan FNAC dalam masa seminggu sahaja.Selepas seminggu, pihak klinik menghubungi saya untuk memberitahu keputusan specimen.

Saya telah bersedia dari segi mental dan fizikal seandainya keputusan yang akan diberitahu positive cancer. Di sini saya sarankan setiap wanita yang menjalani ujian ini perlu bersedia untuk mendengar berita buruk ini. Telahan saya tepat,Dr telah menerangkan keputusan FNAC . Saya sedikit tergamam dengan berita buruk ini,tetapi masih mampu mengawal diri dan tidak menangis-tiada air mata . Dr telah menerangkan rawatan yang harus saya lakukan,dua pilihan di beri samada mastectomy atau lumpectomy. Saya membuat pilihan pertama dan minta di rujukkan ke hospital Melaka. Jika di buat di HPSF susah untuk keluarga saya,  kerana saya tinggal di Melaka dan berulang alik setiap hari sejauh 84 km.Sebelum meninggalkan klinik  Dr  telah berpesan  supaya saya memandu dengan baik semasa perjalan pulang ke rumah  kerana beliau bimbang tentang keselamatan saya sepanjang perjalanan.

Semasa memandu aku memikirkan bagaimana hendak memberitahu suami dan anak aku yg ada di rumah. Macam-macam pekara bermain di kotak kepala ku. Ya Allah berikan aku kekuatan menerima ujianMu ini. Aku mesti kuat untuk melawan penyakit ini.

Sementara menunggu hari operation , sempat juga aku bertemu dengan bekas pesakit kanser untuk berkongksi pengalaman. To be continued..

wassalam

2 comments:

  1. haha ado blog..mak pilih karer lain la..podih mato baco pepagi buto ni haaa

    ReplyDelete
  2. My favourite colour lah, mato kau podih dek ngatok tu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.