Friday, December 23, 2011

Akitiviti selepas bersara.

Selepas bersara banyak masa untuk Mak membelek pokok-pokok  bunga. 
Sekarang Mak mula menambah koleksi bunga-bunga orkid. 
Cantik bunga-bunga nie dapat menenangkan minda bila melihat nya.
Wuittttttt cantik nya bunga-nie. 
Bunga sundal malam pun telah mula mengeluarkan bunga.....wangiiiiiiiiii
Sekarang musim hujan dan angin kuat habis pasu bunga pecah. 
Pas ni kenalah menukar 
pasu-pasu yang dah pecah seribu tu.Kesian pokok bunga Mak.

Pada 17.Dis 2011 anak buah Mak Khairah yg baik bertunang dengan buah hatinya. 
Anak-anak Mak yang berkesempatan dan adek Mak dan anak-nya turut membantu
bergotong royong memasak. 

Selepas penat bergotong royong ramai-ramai anak-anak mak pergi bermain bowling .
Mak tak minat nak angkat bola tu berat...........masaalah kesihatan.

Selepas tu ramai gi perkena Yong Tau foo kat gelombang Biru ....

19 Dis 2011. ramai-ramai kita serang rumah anak Mak Firdaus dan isterinya Nurin.
Sebelum tu Mak ,angah dan Busu pergi ronda-ronda D'Jasmine. Cantikkkkkkkkkkk tudung.
Kopak jugaaaaaaa tapi puas.

20 Disember 2011, Mak dan ayah pergi ke Alor star jalan-jalan sambil hantar Angah balik. 
megamgambil kesempatan pergi rumah Pak Ndak restoran terbuka .........Mak Ndak chef, 
macam-macam yang di masak lepas satu , satu dihidangkan untuk di makan......fulllllllllllll.

Malam 21 Disember 2011 Angah bawak gi makan kat restoran Nelayan....Makanan sedap jugak lah.

22 Disember 2011 -10.30 pagi bertolak balik ke Kendong,transit kat Akasia Park Nilai. 
Jumpa cucu Mak Adam. Comel betulah cucu wan ni. Masa kat Nilai Sempat lah
buat Pulut durian untuk menantu ku yang comel tu makan, permintaan baby nya nanti meleleh 
air lior cucu Mak kalau tak makan .tu kata orang tuaaa lah 

10.30 malam bertolak balik ke Kendong . Safely arrived @11.45 mlm.





Wednesday, December 7, 2011

ALAM PERSARAAN

2 hb Disember 2011 merupakan hari terakhir aku menjalankan tugas sebagai seorang Jururawat
Tarikh persaraan wajib ku ialah 4 Disember 2011. Perkhidmatan selama 35 tahun 7 bulan 2 hari. 
Sepanjang perjalanan sebagai seorang Jururawat banyak pengalaman suka duka ,ranjau onak dan duri 
yang dilalui, tapi tetap ku tempohi penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Kepada para Jururawat bekerja lah dengan penuh tanggung jawab dan dedikasi.
Segala yang anda lakukan akan di nilai dan di beri ganjaran oleh Allah , 
jika ia dilakukan dengan keikhlas dan ketulusan hati .