Pada 30.8.2010 pihak hospital telah menghubungi aku untuk datang ke klinik payudara kerana keputusan makmal telah di perolehi. Aku sekali lagi di uji dengan keputusan yang salah . No Kad pengenalan yang tertera adalah salah bukan no kad pengenalan aku. Yang menghairankan dari OT borang diisi oleh DR disemak oleh jururawat dan di terima oleh Juruteknologi tetapi masih tidak perasan kesilapan yang berlaku .No kad pengenalan bagi perempuan diakhiri dengan angka genap (sedia maklum) sedangkan no KP aku di catit dengan angka ganjil.Aku tak boleh terima keputusan. Kesilapan ini memberi impak kepada rawatan susulan nanti . Aku melaporkan kepada yang Matron Bainah untuk bantuan.
Aku menulis pekara ini bukan untuk memburukan keadaan tapi untuk di ambil penambahbaikan, Apabila membuat sesuatu pekerjaan lebih teliti, mempunyai sifat empathi terhadap pesakit, kerana melalui keputusan akan mencorakan rawatan yang perlu dijalankan..Aku ingin bertanya kepada Dr dan pertugas lain yang membuat kesilapan apa perasaan nya kalau berlaku pada diri sendiri atau kaum keluarga anda?????
Marah, geram mengambil tindakan mahkamah???!!!!!
Walau bagaimanapun aku menerima keputusan makmal ini dengan hati terbuka kena penyiasatan telah di buat .Aku percaya yang melakukan penyiasatan kawan aku sendiri dengan bukti yang sahih kerana hanya dua orang pesakit saja yang membuat operation pada hari tersebut-seorang Melayu iaitu aku dan saorang lagi berbangsa Cina.
Keputusan diperolehi, peringkat barah aku masih di stage 1 dan masih belum merebak - lymph nodes not effected- . Syukur pada mu ya Allah .....masih menyayangi aku..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.