Tuesday, January 25, 2011

Nutrition info for Cancer Patient


Bismillahirrahmanirrahim..

Nutrition — giving your body the nutrients it needs — is important for everyone. When combined with exercising and maintaining a healthy weight, eating well is an excellent way to help your body stay strong and healthy.
If you're currently undergoing treatment for breast cancer or have been treated for breast cancer in the past, eating well is particularly important for you. In this section, you can read about healthy eating and what and how to eat during and after treatment.
What Does Healthy Eating Mean?

Healthy eating means eating a variety of foods that give you the nutrients you need to maintain your health. Find out how to balance your diet and manage your portion sizes.
Healthy Eating During Treatment

If you're recovering from surgery, or receiving chemotherapy, radiation, or other breast cancer treatment, your focus is on getting rid of the cancer. Eating well will help you stay strong for this fight by giving your body the nutrients it needs. Read about how you can eat to manage your weight, reduce fatigue, build your energy, and get enough fluids.
Healthy Eating After Treatment
Healthy eating and physical activity after treatment are important as you recover from treatment and begin your life beyond breast cancer. Learn about eating to manage your weight and how to create a healthy eating plan that includes exercise.
Nutrition and Breast Cancer Risk Reduction
In this section you can find out what we know today about the impact of food on breast cancer risk. Read about foods that contain healthy nutritional compounds, understand what "organic" and "genetically modified" really mean, and learn how to choose and prepare foods in ways that lower the risk of food-bourne illnesses.
Dietary Supplements
Many women with breast cancer take dietary supplements such as vitamins, minerals, and herbs hoping it helps them to stay strong. Learn about suggestions for using supplements.
Nutrition Resources
In this section, you can browse a comprehensive list of links to nutrition web sites offering information on dietary guidelines, dietary supplements, research, nutrition labels, food safety, and more.
The medical experts for Nutrition are:
Cyndi Thomson, Ph.D., R.D., assistant professor in Nutritional Sciences at the University of Arizona, with joint appointments in medicine and public health. She is a registered dietitian with more 15 years of experience in clinical nutrition. Dr. Thomson is also principal investigator at the University of Arizona College of Public Health on several diet-cancer grants.

Diana Grant Dyer, M.S., R.D., a registered dietitian with 20 years of experience, specializing in nutritional care for critically ill patients. She is the author of A Dietitian's Cancer Story: Information & Inspiration for Recovery & Healing from a 3-time Cancer Survivor (Swan Press, 2002) and is especially interested in how nutrition can influence cancer risk reduction and recovery.
Both Cyndi Thomson and Diana Grant Dyer are members of the Breastcancer.org Professional Advisory Board, which includes more than 60 medical experts in breast cancer-related fields.

Monday, January 24, 2011

Keputusan Pathology

Pada 30.8.2010 pihak hospital telah menghubungi aku untuk datang ke klinik payudara kerana keputusan makmal telah di perolehi. Aku sekali lagi di uji dengan keputusan yang salah . No Kad pengenalan yang tertera adalah salah bukan no kad pengenalan aku. Yang menghairankan dari OT borang diisi oleh DR disemak oleh jururawat dan di terima oleh Juruteknologi tetapi masih tidak perasan kesilapan yang berlaku .No kad pengenalan bagi perempuan diakhiri dengan angka genap (sedia maklum) sedangkan no KP aku di catit dengan angka ganjil.Aku tak boleh terima keputusan. Kesilapan ini memberi impak kepada rawatan susulan nanti . Aku melaporkan kepada yang Matron Bainah untuk bantuan.

Aku menulis pekara ini bukan untuk memburukan keadaan tapi untuk di ambil penambahbaikan, Apabila membuat sesuatu pekerjaan lebih teliti, mempunyai sifat empathi terhadap pesakit, kerana melalui keputusan akan mencorakan rawatan yang perlu dijalankan..Aku ingin bertanya kepada Dr dan pertugas lain yang membuat kesilapan apa perasaan nya kalau berlaku pada diri sendiri atau kaum keluarga anda????? 
Marah, geram mengambil tindakan mahkamah???!!!!!

Walau bagaimanapun aku menerima keputusan makmal ini dengan hati terbuka kena penyiasatan telah di buat .Aku percaya yang melakukan penyiasatan kawan aku sendiri dengan bukti yang sahih kerana hanya dua orang pesakit saja yang membuat operation pada hari tersebut-seorang Melayu iaitu aku dan saorang lagi berbangsa Cina.

Keputusan diperolehi, peringkat barah aku masih di stage 1 dan masih belum merebak - lymph nodes not effected- . Syukur pada mu ya Allah .....masih menyayangi aku..

Pengalaman di rawat di Hospital Melaka

Terlebih dahulu ku ucapkan terima kasih kepada petugas2 di wad 1 surgikal unit .Terima kasih wahai Dr dan Jururawat ysng bertugas atas layanan yang di berikan. Tapi masih terdapat ruang yang perlu di perbaiki terutama dari segi komunikasi antara pertugas dan pesakit.

Aku masih ingat macamana seorang HO menjalankan tugas semasa hendak mengambil darah untuk specimen darah yg lysed. Beliau terlupa sesuatu tapi yang sedih nya dia memasang tournique dilengan saya dan beredar untuk mengambil botol yg dilupa. Saya melonggarkan tournique yg di pasang, pada beliau 10 minit tu sebentar tapi pada saya sebagai  pesakit adalah lama dan menyakitkan. Bila dah melakukan kesilapan sepatutnya menyatakan maafnya kepada pesakit tapi sebaliknya membuat muka. Entahlah......

Peristiwa kedua pula apabila aku dimarahi oleh PPK kerana meletakan dulang makanan yang telah kosong di atas lantai, Aku nak tanya kat mana aku nak letak ??????. dia memarahi aku seolah aku melakukan satu kesalahan besar........aku memikirkan ini aku masih bekerja dan sebagai Ketua Jururawat cuma aku bertugas di Muar bukan di Melaka bagini layan dan leteran nya .......kalau pesakit lagi teruk kot.........

Kepada rakan sepejuangan dari PKD Muar Matron Z and the geng dan Melaka Maton Bainah yang banyak membantu, Mat sareefa, Kalsom dan Salmah dan semua yang tak dapat aku catitkan namanya disini terima kasih kerana datang melawat dan memberi sokongan.

Lagi satu yang mengecewakan aku tentang lawatan in house physiterapist, saya tidak dapat apa2 faedah darinya, lawatan pertama mengajar aku  entah apa-apa......hari kedua dia dtg aku didalam bilik air dan dia meninggalkan pamplet pada anak aku, tapi di BHT menulis saolah aku diberi rawatan. Takutlah Allah melihat apa yang kamu buat.......Nasib baik anak aku medic student  beliau membantu mencari articles untuk phyisotherapy selepas mastectomy. Alhamdullilah aku dapat melakukannya.....tidak ada masalaah

Sampailah masanya untuk pulang ..............

14.8.2010 aku di benarkan pulang dengan antibiotik, pain killer dan MC selama 3 bulan. Lagi satu masalah prosedur discharge mengambil masa lama. Bila dapat MC tarikh salah . Untuk kontek yang mengeluarkan Dr yang mengeluarkan MC sudah balik. nasib baik ade HO lain yang dapat mengeluarkan MC yang baru.


Segala yang dicatakan disini bukan mencari kesalahan tapi renungkan ..........untuk pernambaikan . Ujudkan jalinan mesra antara staf dan pesakit , komunikasi amat penting ia sebagai penawar selain ubat yang diberi Renungkan.........





TEMUJANJI DIHOSPITAL MELAKA

Pada 22.7.2010 adalah temujanji pertama dihospital Melaka. Setelah berbincang dengan Pakar tarikh untuk operation ditetapkan pada 9.8.2010. Memang aku minta operation di buat cepat memandangkan anak aku yang juga bakal seorang doktor boleh menjaga ku dihospital sementara dia bercuti semester selama 3 bulan. Sebab kedua, anak lelakiku Mohamad Firdaus akan berkahwin pada 2 September 2010.

Ya Allah , Maha suci Allah, aku memohon selamatkanlah dan permudahkan prosedur ini. Aku di sorong ke OT jam 10 pagi., diiringi oleh suami dan anak2 ku . Alhamdullilah semua selamat, Operation di buat oleh Dr Pakar, Miss Zaini . Enam jam prosedur berlangsung. Malam pertama di hospital di temani oleh anak perempuan ku yang sulung Pn Noor Asyikin dan malam seterus nya oleh anak perempuan bongsu Nur Adibah.

Akan ku sambung cerita ini pengamalan ku di hospital Melaka................


MY STORY

Bismilahirrahmanirahim,
Saya ingin berkongsi pengalaman sebagai seorang pesakit Kanser Payudara, penyakit yang tidak mengenal mangsa. Saya redha dengan ujianMu.

Sebagai seorang jururawat saya sentiasa memberi nasihat , demonstrasi untuk wanita di klinik atau di rumah cara-cara mengesan benjolan di payudara. Tanggal 16 Julai 2010, semasa melakukan pemeriksaan sendiri di rumah saya dapati ada benjolan di payudara sebelah kanan.

Saya terus berjumpa Dr pada 19 July 2010 dan terus di rujuk ke klinik Payudara Hosp Pakar Sultanah Fatimah, dan 20 July 2010 saya menjalani uijian mamogram dan seterus nya menjalankan biopsi melalui fine needle aspiration.

Terima kasih kepada Dr dan kakitangan klinik Payudara HPSF kerana semuanya dengan  berjalan lancar dan saya memperolehi keputusan FNAC dalam masa seminggu sahaja.Selepas seminggu, pihak klinik menghubungi saya untuk memberitahu keputusan specimen.

Saya telah bersedia dari segi mental dan fizikal seandainya keputusan yang akan diberitahu positive cancer. Di sini saya sarankan setiap wanita yang menjalani ujian ini perlu bersedia untuk mendengar berita buruk ini. Telahan saya tepat,Dr telah menerangkan keputusan FNAC . Saya sedikit tergamam dengan berita buruk ini,tetapi masih mampu mengawal diri dan tidak menangis-tiada air mata . Dr telah menerangkan rawatan yang harus saya lakukan,dua pilihan di beri samada mastectomy atau lumpectomy. Saya membuat pilihan pertama dan minta di rujukkan ke hospital Melaka. Jika di buat di HPSF susah untuk keluarga saya,  kerana saya tinggal di Melaka dan berulang alik setiap hari sejauh 84 km.Sebelum meninggalkan klinik  Dr  telah berpesan  supaya saya memandu dengan baik semasa perjalan pulang ke rumah  kerana beliau bimbang tentang keselamatan saya sepanjang perjalanan.

Semasa memandu aku memikirkan bagaimana hendak memberitahu suami dan anak aku yg ada di rumah. Macam-macam pekara bermain di kotak kepala ku. Ya Allah berikan aku kekuatan menerima ujianMu ini. Aku mesti kuat untuk melawan penyakit ini.

Sementara menunggu hari operation , sempat juga aku bertemu dengan bekas pesakit kanser untuk berkongksi pengalaman. To be continued..

wassalam