Tuesday, August 30, 2011

Pembedahan kedua - 11.7.2011

11.7.2011 sekali lagi saya di masukkan ke hospital Melaka untuk operation untuk membuang "nodule" @ site of  mastectomy yang di buat pada  9 Ogos 2010.

Operation di buat oleh Miss Zaini and the team.

4 Hari di wad saya di benarkan balik, sementara menunggu keputusan HPE.

Friday, July 8, 2011

Bone Scan

Temu janji untuk bone scan pada 5 Julai 2011di Neuclear Medicine centre Kuala Lumpur, keputusan nya amat menyenangkan tiada tanda-tanda kanser merebak kebahagian tulang. Syukur kepada Allah masih menyayangi aku kanser ku masihh di peringkat awal..........

Monday, July 4, 2011

UJIAN ALLAH

15 Jun 2011 membuat temu janji dengan Dr lebih awal kerana terdapat lump @ site of mastectomy . FNAC di buat dan Cytology fluid dihantar kemakmal . 22 Jun 2011 temujanji dengan Dr di Klinik payu dara untuk mendapatkan keputusan cytology, Allah menguji aku lagi keputusan fluid yang di hantar menunjukkan recurrent breast cancer. Aku benar2 terkejut dan bagitu upset dengan keputusan itu hanya Allah yang mengetahui keadaan aku di klinik pada masa tu.Aku memohon cuti panjang dan berkemungkinan aku akan meneruskan cti sehingga bersara......

Beberapa ujian perlu dilakukan sebelum aku menjalankan operation kedua, aku perlu menjalankan CT Scan, mamogram pada 30 Jun 2011.

4Julai 2011 aku keklinik lagi untuk temu janji seterus nya. Berjumpa dengan Miss Syakirah dan dia mengarahkan untuk membuat bone scan di Kuala Lumpur nasib aku  baik keran dapat appt yang cepat 5.Julai, petang ini akan ke Nilai untuk appt esok.

Temujanji seterus nya ialah pada 11 Julai dan untuk melakukan operation pada 12 Julai 2011 Insyallah........







Monday, June 20, 2011

Hari cuti 19 Jun menziarahi adek anak2 dan cucu. Singgah Ampang tuan rumah tak ada jumpa menantu saja lah. Tu lah anak dah sampai rumah baru tahu pergi out station di sambut oleh menantu saja. Sekarang mak nak catit dalam dairi antara anak yang enam orang tu sapa yang hanya sms dan siapa yang rajin call emak . Dulu kalau duduk asrama saban minggu ada masa mak pergi jengok kalau tak setiap minggu pun faham2 lah mak nie kena on call .Tapi sekarang bila dah bekerja jwp call pun susah, hanya boleh sms waktu pejabat. return call pun susah.Agaknya dah di tutup pintu hati dengan kasih sayang ????????? terhadap dengan orang2 yang menyayangi mereka.

Wahai anak2 ku nilai lah kasih sayang yang diberi oleh orang yang menyayangi mu. Tuhan Maha Adil kalau kau mempersiakan amanah yang diberikan. Kau akan terima balasan NYA nanti. Hari ini kau layan orang saperti sampah satu hari kau akan menerima balasan dari yang Esa. Buka mata hati untuk melihat, bukan menunding jari mencari kesalahan orang lain. Renungkan lah pada semua anak2 ku yang membaca coretan ini. Kalau ade yang terrasa maaf dipinta . Mak sentiasa mendoakan yang terbaik dan I LUV YOU ALL.

Sunday, April 24, 2011

PENAWAR KANSER

Dah lama tak update blog ni , Dah mula kerja kurang kesempatan . Ok hari nie saya nak share maklumat berkaiatan penggunaa biji apricot melalui pembacaan Blog Penawar kanser dan merawat kanser:-


Protokol Pemakanan Biji Apricot Untuk Lain Lain Penyakit

 Merawat dan mencegah cancer
1.Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seawal jam 4 Pagi. Merupakan waktu yang paling lemah bagi sistem pertahanan sel kanser.
2. Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seterusnya jam 8.00 pagi.
P/s: Bagi pengidap kanser anda tidak di benarkan memakan nasi sebelum jam 12.00Tengahari. Nasi dapat di tukar kepada gula melalui sistem badan kita, gula mempunyai kandungan ph5. Ph5 merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak.
3. Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seterusnya jam 12.00 Tengahari.
4. Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seterusnya jam 4.00 petang.
5. Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seterusnya jam 8.00 malam.
6. Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seterusnya jam 12.00 malam.

Note:
Dr. Krebs asserts that 7 apricot seeds per day will make it impossible to develop cancer.
The following protocol is that used by some of the hospitals in Tijuana, (Del Rio Hospital supplied us with this information).
The Del Rio Hospital or clinic claims nearly a 100% recovery rate with those who have not yet been burned up with chemo and radiation with large amounts of organ damage.
Del Rio Hospital has a 21 day therapy in which they include the typhoid vaccine, the B17 (9 grams per day), Pancreatic enzymes (, vitamin C and the actual whole foods that contain the B17 and the pancreatic enzymes (apricot seeds and pineapple juice). No other clinic or hospital in the world uses this powerful protocol, just parts of it.
Del Rio hospital has been the orthodox relative of Cydel Clinic. It has opened its doors to alternative medicine making use of the accumulated experience of it's directors and doctors of over more than 25 years. The great Dr. Manner pioneered these clinics.

Buasir biasa atau Buasir Berdarah
Menurut pengalaman saya buasir merupakan penyakit yang sangat mudah dirawat dengan menggunakan B17 ( Biji Apricot )
7-14 Biji diblender dengan buah betik sahaja di amalkan
Protokol 1.Minggu pertama 2 kali sehari (8am & 8pm )
Protokol 2.Minggu kedua 3 kali sehari (8am, 2pm & 8pm )
Protokol 3.Minggu ketiga 4 kali sehari ( 8am,12am, 2pm & 8pm )
Protokol 4.Minggu keempat 5 kali sehari(4.08 am,8.08am,12.08pm,4.08pm,8.08pm)
Protokol 5.Minggu kelima 6 kali sehari (4am,8am,12pm,4pm,8pm dan 12am)
Minggu ke enam mula dari protokol 1 hingga protokol 5, begitulah seterusnya.

Darah tinggi
5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah. Amalkan 2 kali hingga 3 kali sehari.

Kencing Manis
5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah. Amalkan 2 kali hingga 3 kali sehari.

jantung dan Kardiovaskular
8-10 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah. Amalkan 2 kali hingga 3 kali sehari.

Mengurangkan bintik-bintik hitam & jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit kasar . hasilnya kulit terlihat lebih berseri-seri dan pemukaan kulit wajah lebih halus
5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah terutama lobak merah ( carot ). Amalkan 2 kali hingga 3 kali sehari.

Radang paru-paru
7- 10 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah. Amalkan 2 kali hingga 3 kali sehari.

Asma/alahan / resdung
5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah ( apple, angor, carot, tembikai dll ). Amalkan 3 kali hingga 4 kali sehari.

Autoimmune / SLE
5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah ( apple, angor, carot, tembikai dll ). Amalkan 3 kali hingga 4 kali sehari.
Menghilangkan Keputihan
3-5 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah apple. Amalkan 3 kali sehari.

P/s : Pantang makan kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih ( sebarang sayur yang berwarna putih )
PANTANG INI HANYA UNTUK ORANG KEPUTIHAN SAHAJA.

Senggugut
5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah ( apple, angor, carot, tembikai dll ). Amalkan 3 kali hingga 4 kali sehari.

Melancar perjalanan darah haid

5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah ( apple, angor, carot, tembikai dll ). Amalkan 3 kali hingga 4 kali sehari.

Menghilangkan bau hamis faraj
5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah ( apple, angor, carot, tembikai dll ). Amalkan 3 kali hingga 4 kali sehari.

Penjagaan Apricot
1.Simpan biji apricot ini di dalam peti sejuk.
2.Basuh dengan air garam sebelum anda memakanya.
P/s : Apricot tidak boleh di makan bersama buah badam

Note : The above information is used only for education purposes and should not be taken as medical advice and treatment of diseases.

Monday, February 14, 2011

Kanser Payudara

Mengenali Barah Payudara

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.  Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel?  Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.   
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya  akan menghasilkan lebihan tisu.  Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.  Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah).  Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini. 
Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.  Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system).  Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya.  Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
 

Apakah Yang Menyebabkan Barah Payudara?

Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).
Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.
Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita  seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara.
Kami belum lagi dapat memahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini.
Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.

Sumber: College of Radiology

Saturday, February 12, 2011

President Mubarak Step Down

Dah lama tak up date blog ni, tak der kesempatan. Hari ini rakyat Mesir merayakan kegembiraan nya atas turun nya pemerintahan kuku besi Mubarak. Di harap gelombang baru akan menyinari rakyat Mesir, Mesir akan kembali aman dan pelajar kita boleh menyambong semula pengajian di sana.