Thursday, June 14, 2012

Asalamualaikum

Lama tak menjengok blog ini, diam tak diam sudah 4 bulan
Akan di catitkan perjalanan 4 bulan yang telah dilalui dari Januari hingga April.

27 Januari 2012. Percutian ke Berlin bersama suami Hj Abu bakar majid dan anakanda Muhamad faiz melawat adek Duta Malaysia di Jerman Dato Ibrahim Abdullah, adek Ipar En Salman Selamat dan anakanda Aiman Muqri.

Mak mengambil penerbangan KLM , KLIA ke Amesterdam , Amesterdam Berlin. Perjalan memakan masa 13 jam . Dalam Penerbangan tak ramai penumpang boleh baring-baring  lagi. Maklum lah kita naik ekonomi kelas bila tak ramai tu kita ambil lah seat yg kosong untuk meuruskan pinggang.

Sampai di Berlin adek dan pemandu nya telah sedia menunggu. Bumi Berlin cuaca begitu sejuk sekali . Suhu semasa sampai telah - 8 degree Celsius. Mengigil badan cuma memakai winter coat aje.

Gambar2 nnti saya upload kemudian ye.........





Suntikan Meningiccocal

Asalamualaikum,
13 Jun 2012. saya ke PKD AG untuk mendapat kan cop suntikan Meningicoccal untuk menunaikan Umrah.Sebelum saya ke PKAG saya telah di maklumkan boleh mendapatkan cop suntikan dulu, sbb suntikan akan di beri kemudian. Tapi mengecewakan tidak saperti yang di janjikan tak dpt pun......Ialah Suntikan tu hanya di beri kepada yang berhak saja untuk jemaah haji. 
Kepada staf yang berjanji kepada saya puan harus berterus terang jangan memberi harapan kepada pelanggan. Pengajaran daripada peristiwa ini  mengajar saya supaya tidak mengharapkan pertolongan orang lain sentiasa lah kita mengharap kepada yang Esa...

14hb Jun 2012 saya mendapatkan Suntikan Meninggioccocal di Klinik Dr Zahar Pord Dickson.
Alhamdullilah, Ini lah yang di katakan hak kita, tidak mengambil hak orang lain.
Semoga pemergi untuk mengerjakan Umrah akan lebih di Berkati ALLAH.