SYARAT BUAT BAKAL MENANTUKU
Bakal menantu ku
Tiba saatnya nanti
Kuserahkan puteriku sebagai amanah,
Kerana ku hormati tuntutan fitrah,
Hiasilah hidup nya dengan hasanah,
Pandulah cintanya menuju jannah.
Dia puteri kesayangan ku,
Melepaskanya bukan semudah itu,
Dengar terus bicaraku,
Ada syarat sebelum aku merestu.
Bakal menantuku,
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia,
Tiada hati yang terluka,
Tiada cinta lain yang dikhianati,
Tiada anak isteri terasa sepi.
Bakal menantuku,
Ku inginkan menjadi ayah sewibawa Rasullah,
Tidak reda puterinya di madukan,
Baginda telah melalui kepayahannya,
Tidak mahu menantunya turut kelelahan,
Kerana ia bukan keistemewaan,
Tapi tanggunjawab yang membeban.
Bakal menantuku ,
Berjanjilah dengan syarat ta’liq.
BEBASKAN PUTERIKU,
Jika nanti kau duakannya tanpa rela,
Izinkan cintanya berlabuh,
Buat lelaki yang setianya teguh.
Bakal Menantuku,
Semua puteri Rasullulah tidak rela bermadu,
Begitu juga fitrah puteriku,
Allah memberi pilihan,
Jika kau enggan, gugurlah penerimaan.
Bakal Menantuku
Ku ingin dia menjadi bidadarimu disana,
Jangan sukarkan ujian hidupnya,
Dengan cinta lain yang kau undang bersama,
Kerana fitrah cinta, tiada dua,
Bimbang rosak agamanya kerana kecewa.
Menantuku ,
Ku kenali puteriku berakhlak mulia,
Ku kenali puteriku tekun beragama,
Perteguhkan lah dia dengan ketimggiannya,
Hidup beragama selama-lamanya,
Jangan cintanya kau Persia,
Sudikah syaratku kau terima?
Adaptasi : Daripada Novel Sebarkan Cintamu.(Sebuah Novel Tauhid)
Tulisan :Fatimah Syarha Mohd Nordin.